Neelofa ikon usahawan muda di Malaysia

Usahawan muda, pelakon dan pengacara popular, Neelofa menerima anugerah sempena Grandeur & Elegante International Business Award 2017/2018 baru-baru ini.

The Grandeur International Business Award & The Elegante International Business Award ini telah dianjurkan oleh Elgante Muse International. Majlis yang diadakan di St. Regis iaitu hotel terkemuka di ibu kota pada 11 Januari yang lalu dipenuhi dengan usahawan-usahawan yang berjaya di Malaysia.


Anugerah ini diwujudkan untuk meraikan 50 orang usahawan lelaki dan 50 orang usahawan wanita yang luar biasa dan telah berjaya dalam bidang masing-masing serta memberi inspirasi kepada orang lain sepanjang perjalanan mereka.

Individu-individu ini juga dilabelkan sebagai Extraordinaire Malaysia yang patut diberikan anugerah dan kisah mereka akan dijadikan inspirasi bagi usahawan-usahawan lain yang baru memulakan tapak di Malaysia.

“Pengiktirafan ini amat bermakna kepada saya dan ia pasti akan menjadi platform lain untuk digunakan dalam mengembangkan dan memperluaskan jenama saya. Ini pastinya bukan tanda untuk jenama saya bergerak perlahan, tetapi motivasi untuk saya pergi lebih jauh! – Neelofa”

Pada malam itu, Neelofa dianugerahkan anugerah Elegante Top Emerging Entrepreneurs untuk jenama beliau sendiri iaitu Naelofar Hijab. Neelofa memanfaatkan popularitinya untuk melonjakkan lagi jenama ini, khususnya di kalangan peminatnya.

Kami difahamkan hanya 10 orang sahaja di Malaysia dianugerahkan setiap anugerah tersebut. Wowww.. hebat sungguh Neelofa ni.

Kami juga ingin mengucapkan tahniah kepada Neelofa diatas anugerah yang telah diterima dan pencapaian sepanjang menjadi usahawan yang berjaya, semoga perniagaan yang Neelofa jalankan bertambah maju dan berkembang, amin.

Source From :-
www.hangat.com
www.flickr.com

Kaya dengan minat, boleh ke?

 

Anda pernah mendengar nama J.K. Rowling, Roger Ebert, Paul Greengrass ?

Pasti anda kenal nama ini , Donald Trump yang menjadi POTUS (President Of The United State). Hampir semua orang tahu bahawa sebelum melibatkan diri di dalam politik Donald Trump merupakan seorang hartawan yang sangat kaya. Inilah orang-orang yang amat kaya.

 

Mereka ini menjadi kaya bukan melalui perkara yang mereka tidak suka buat – mereka kaya melalui perkara yang mereka benar-benar suka buat, enjoy dengan perkara yang mereka fikir ia memang wujud untuk diri mereka.

 

J.K. Rowling mempunyai minat menulis sejak dia kecil. Dia mula menulis semasa dia masih seorang budak. Meskipun pelbagai kepayahan dalam hidupnya, dia tidak putus asa. Dia terus menulis bila-bila masa dia boleh. Dengan dua anak dalam tanggungan, wanita ini menjelmakan fenomena fiksyen dalam generasi kita – Harry Potter. Semasa dia membuat Harry Potter, pernahkah dia fikir dia boleh jadi lebih kaya daripada Permaisuri? Tidak pernah sama sekali. Dia sekadar menulis. Dia berikan lubang kepada minatnya. Yang lain hanya berlaku.

 

Mungkin tiada cinematophile yang gilakan filem seperti Roger Ebert. Dia menulis ulasan filem yang boleh dikatakan untuk setiap filem yang diterbitkan. Lihatlah bagaimana dia menukarkan minatnya terhadap filem kepada kerjaya? Ulasan filemnya adalah paling tinggi hadiahnya dan dia dibayar dengan banyak kerana menonton filem dan menulis hasil pemerhatian tentang filem tersebut!

 

Perlukah saya ceritakan lagi tentang Donald Trump?

 

Perniagaan ialah kehandalannya, minatnya, His Passion. Dan dia tidak boleh dihentikan. Apabila dia ada satu urusniaga berjalan, dia melabur ke dalam urusniaga lain. Dia juga tiada masa untuk berhenti dan fikir tentang wang. Dia cuma berikan lubang kepada minat semulajadinya, membenarkan minat itu mempamerkan dirinya sendiri dalam apa-apa cara yang ia mahu.

 

Paul Greengrass dikenali sebagai salah seorang pengarah yang paling baru mendapat kuasa di Hollywood hari ini. Cara pengarahannya pernah dikritik sebelum ini, terutamanya teknik kegemarannya menggunakan shaky camera moves (pergerakan kamera bergoyang), tetapi adakah dia ‘membengkokkan’ caranya untuk menyenangkan hati diktator tadi? Tidak, tidak! Dan apa yang dia dapat? Siri The Bourne! Dan filemnya menjadi kegilaan. Tidak lupa juga, dia telah menjadi sangat kaya.

 

Kejar minat anda. Jangan pedulikan ejekan. Adakah anda mahir tentang sesuatu, sangat mahir yang anda rasa ia mampu memberikan anda wang?

 

Jadi jangan ragu-ragu lagi. Anda memang memilikinya dalam diri anda untuk buat duit daripadanya. Mungkin anda salah seorang yang bakal menjadi orang terkaya di Malaysia satu hari nanti. Siapa tahu kan?

 

Anda suka untuk online? Mahu tak jika saya beritahu anda boleh buat duit dengan cara anda online sahaja di depan komputer? Belajar buat duit online sekarang. PERCUMA JE.