Neelofa ikon usahawan muda di Malaysia

Usahawan muda, pelakon dan pengacara popular, Neelofa menerima anugerah sempena Grandeur & Elegante International Business Award 2017/2018 baru-baru ini.

The Grandeur International Business Award & The Elegante International Business Award ini telah dianjurkan oleh Elgante Muse International. Majlis yang diadakan di St. Regis iaitu hotel terkemuka di ibu kota pada 11 Januari yang lalu dipenuhi dengan usahawan-usahawan yang berjaya di Malaysia.


Anugerah ini diwujudkan untuk meraikan 50 orang usahawan lelaki dan 50 orang usahawan wanita yang luar biasa dan telah berjaya dalam bidang masing-masing serta memberi inspirasi kepada orang lain sepanjang perjalanan mereka.

Individu-individu ini juga dilabelkan sebagai Extraordinaire Malaysia yang patut diberikan anugerah dan kisah mereka akan dijadikan inspirasi bagi usahawan-usahawan lain yang baru memulakan tapak di Malaysia.

“Pengiktirafan ini amat bermakna kepada saya dan ia pasti akan menjadi platform lain untuk digunakan dalam mengembangkan dan memperluaskan jenama saya. Ini pastinya bukan tanda untuk jenama saya bergerak perlahan, tetapi motivasi untuk saya pergi lebih jauh! – Neelofa”

Pada malam itu, Neelofa dianugerahkan anugerah Elegante Top Emerging Entrepreneurs untuk jenama beliau sendiri iaitu Naelofar Hijab. Neelofa memanfaatkan popularitinya untuk melonjakkan lagi jenama ini, khususnya di kalangan peminatnya.

Kami difahamkan hanya 10 orang sahaja di Malaysia dianugerahkan setiap anugerah tersebut. Wowww.. hebat sungguh Neelofa ni.

Kami juga ingin mengucapkan tahniah kepada Neelofa diatas anugerah yang telah diterima dan pencapaian sepanjang menjadi usahawan yang berjaya, semoga perniagaan yang Neelofa jalankan bertambah maju dan berkembang, amin.

Source From :-
www.hangat.com
www.flickr.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *