Langkah Memulakan Pemasaran Emel

sumber imej:myventurepad.com/here-need-know-email-marketing-2017/

Rasanya ramai yang dah tahu dan pernah dengar tentang pemasaran email. Paling tidak pun pernah menggunakan email dan menerima berbagai jenis email di peti masuk email mereka. Pernah tak anda menerima email yang mempromosikan pelbagai barangan atau servis seperti laman jualan e-commerce dari lazada, shopee, lelong.my dan sebagainya. Ada antara penyedia laman jualan ini yang menawarkan promosi potongan harga masa terhad, atau kupon khas untuk pelanggan mereka yang diberikan khas melalui email. Seterusnya sudah pasti tujuan penyedia laman web jualan tersebut adalah untuk menghasilkan jualan dari kempen pemasaran melalui email mereka.

Laman Jualan Popular yang menggunakan pemasaran emel

Sebenarnya pemasaran email merupakan pemasaran berskala besar yang paling menjimatkan kos dan memberi pulangan keuntungan yang besar berbanding kaedah pemasaran lain. Bayangkan jika anda mempunyai bilangan database email sebanyak 10000. Anda menghantar email kepada mereka dan 1% daripadanya menghasilkan jualan dengan dengan keuntungan RM10 setiap satunya. Anda boleh kira sendiri berapa banyak jumlahnya. Menarik bukan pemasaran emel ini? Di dalam artikel kali ini anda akan mempelajari langkah memulakan pemasaran emel.

Langkah Memulakan Pemasaran Email#1: Menggunakan sistem pemasaran email

Bagi memastikan pemasaran emel dapat dilakukan dengan betul rahsia pertama adalah anda perlu ada sistem yang digunakan untuk pemasaran emel yang dikenali sebagai autoresponder. Terdapat banyak penyedia sistem yang boleh digunakan untuk pemasaran emel. Contohnya seperti aweber, getresponse, mailchimp,ar.ordersini, dan sebagainya.

Antara autoresponder emel yang banyak digunakan

Secara ringkasnya sistem ini digunakan untuk mendapatkan senarai list email daripada targeted prospek. Apa yang menariknya ialah sistem ini mempunyai keistimewaan untuk personalised mesej dengan meletakkan nama penerima di dalam emel yang dihantar.

Anda perlu membina satu borang yang memerlukan pengguna memasukkan maklumat ringkas mereka seperti nama dan alamat emel. Sistem ini juga membantu anda untuk menghantar rantaian emel secara automatik mengikut tetapan yang anda telah setkan.

Terdapat pelbagai kelebihan dan keistimewaan yang disediakan oleh penyedia sistem pemasaran emel ini. Terdapat penyedia sistem autoresponder ini yang memberikan khidmat penyediaan laman template siap “landing page”. Ada berbagai pakej bermula dari pakej percuma, bulanan, tahunan mahupun secara lifetime bergantung kepada sesuatu penyedia autoresponder. Tepuk dada tanyalah bajet yang bersesuaian dengan anda. Buat pilihan yang bijak dan sesuai dengan penggunaan anda. Tidak semestinya pakej yang mahal itu bagus, pekj percuma pun sudah cukup jika anda pandai memanfaatkannya.

Langkah Memulakan Pemasaran Email#2: Merancang strategi pemasaran email

Bagi memastikan keberkesanan kempen pemasaran emel, anda perlu mempunyai strategi terlebih dahulu sebelum memulakan suatu kempen pemasaran emel. Kata orang gagal untuk merancang bermakna anda merancang untuk gagal, agak klise kan bunyinya. Tetapi besar maknanya. Jika tiada perancangan maka kempen pemasaran anda tidak mungkin akan berkesan dan mendatangkan hasil.

Setelah anda mendapatkan sistem autoresponder anda perlu tetapkan apakah matlamat kempen pemasaran emel anda. Sebagai contoh anda mahu memasarkan sebuah perisian perakaunan yang memudahkan pemilik bisnes untuk menyimpan rekod kewangan bisnes mereka. Sekarang anda perlu berfikir bagaimana mahu menarik minat pemilik bisnes yang memerlukan perisian tersebut untuk memberikan alamat emel mereka.

Untuk memastikan anda dapat mengumpulkan senarai emel pemilik bisnes ini, anda perlu memberikan sesuatu yang bernilai. Kita ambil contoh anda mahu memberikan “panduan simpan rekod kira-kira bisnes mudah untuk pemilik bisnes”. Bagi mendapatkan panduan tersebut pemilik bisnes ini perlu memasukkan nama dan emel mereka ke dalam borang opt-in untuk dimasukkan ke dalam sistem autoresponder yang anda gunakan.

Contoh borang opt-in yang dibina untuk mendapatkan nama dan email prospek

Jelas di sini sekaligus anda dapat mengetahui bahawa prospek anda adalah pemilik bisnes yang mempunyai ciri berikut iaitu bisnes masih diperingkat kecil atau sederhana dan segala rekod kewangan dilakukan sendiri oleh pemilik bisnes, mereka tahu kepentingan untuk mempunyai rekod kira-kira yang baik untuk bisnes mereka tetapi terdapat kekangan untuk mengupah akauntan bertauliah.

Di sinilah peranan anda menyediakan penyelesaian kepada pemilik bisnes ini dengan perisian perakaunan mudah dan murah. Dengan itu anda sudah mempunyai satu strategi bagaimana untuk mengumpul senarai emel prospek yang berpotensi tinggi untuk mendapatkan produk atau servis anda.

Langkah Memulakan Pemasaran Emel#3: Menyusun emel follow-up untuk kempen pemasaran

Anda pernah tak menerima beberapa siri emel yang memberikan pelbagai  tips perbincangan ataupun tawaran istimewa? Sebenarnya itulah yang dinamakan sebagai siri emel follow-up.

Perkara seterusnya setelah anda telah merancang dan menyediakan strategi untuk membina senarai emel anda perlu menyediakan dan menyusun beberapa siri emel follow-up yang diterima oleh prospek senarai alamat emel anda. Siri emel follow-up ini ditulis untuk beberapa tujuan iaitu meningkatkan kepercayaan prospek terhadap anda, mendidik prospek berkaitan dengan produk yang anda pasarkan, memberikan tawaran khas untuk penerima emel anda.

Emel 1 ditulis bertujuan untuk memberi penghargaan dan membina hubungan pertama dengan penerima emel anda. Walaupun ia nampak mudah tetapi ia amat penting untuk meninggalkan pandangan baik di mata prospek anda supaya mereka terus menunggu emel anda yang seterusnya. Emel pertama selalunya bertujuan untuk “ice breaking” supaya prospek lebih mengenali anda.

Contoh email follow up pertama selepas menghantar freegift kepada prospek email anda

Emel 2,3 dan 4 ditulis  untuk mendidik bakal pembeli dengan faedah, kelebihan, manfaat daripada produk dan servis yang ingin dijual. Anda juga boleh meletakkan akibat atau ketakutan yang mungkin dihadapi prospek sekiranya masalah mereka tersebut terus dibiarkan. Tetapi jangan lupa untuk mula menjual secara softsale produk atau servis yang anda ingin tawarkan kepada prospek.

Emel seterusnya anda sudah boleh mula menjual secara hardsale dengan menawarkan bonus khas, potongan harga atau apa sahaja yang dirasakan ekslusif untuk prospek anda sahaja.

Anda harus bijak menyusun selang masa emel follow-up dan isi serta penyampaian di dalam emel yang anda hantarkan. Kerana jika silap langkah mungkin ramai yang akan berhenti daripada mengikuti emel anda.

Secara keseluruhannya, itulah beberapa langkah memulakan pemasaran emel. Pastikan anda memilih sistem yang sesuai dan berbaloi dengan matlamat anda. Ingat juga untuk merancang terlebih dahulu bagaimana untuk membina senarai list emel anda sebelum memulakan kempen pemasaran emel anda. Emel follow-up adalah senjata pemasaran emel kerana anda boleh menetapkannya secara automatik.

Jika anda mahu belajar dengan lebih jelas lagi saya mahu memperkenalkan anda kepada satu panduan video lengkap bagaimana menjalankan pemasaran emel bermula dari peringkat awal dan sehingga berjaya menjana hasil daripada pemasaran emel yang dilakukan. Saya juga telah mengikuti panduan tersebut. Sekiranya anda berminat anda boleh dapatkan maklumat lanjut di Pakar Email.

Jadi tunggu apa lagi? Mulakan Pemasaran Emel anda sekarang dan lihat bagaimana ianya mampu untuk mengubah halatuju bisnes online anda ketika ini.

2 Replies to “Langkah Memulakan Pemasaran Emel”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *