Perlu ke database bila berbisnes ni?

Pada entri yang lalu kami telah menerangkan tentang maksud database di dalam bisnes.

Dah baca ke?

Jika belum anda boleh baca di sini.

 

Pada entri kali ini kami akan menerangkan pula tentang kepentingan database ini kepada bisnes anda.

 

Jika anda seorang yang benar-benar serius dalam menjalankan bisnes. Anda wajib untuk menyimpan database.

 

Ala.. aku dulu tak de pun simpan database ni.. aku post je kat group-group fb.. ada jugak sangkut sale.. nanti ada la orang yang berminat nak beli..

Memang.. tak dinafikan.. boleh je nak buat macam tu.. tapi sampai bila? Kan bagus maksimumkan segala peluang yang ada.

Apa kata anda baca dahulu apa perkongsian  yang kami nak sampaikan ni.

Baca perkongsian berikut tentang kenapa pentingnya perlu menyimpan database.

 

  1. Target Spesifik market

Ingat tak dalam entry sebelum ni kita ada nyatakan jenis- jenis database yang kita perlu ambil?

Ini lah kegunaannya. Dari data-data yang kita dah collect tersebut Kita dapat analisis range customer kita. Contoh bila kita buat graf pasal existing customer, nanti kita boleh buat kesimpulan. Customer kita banyak tinggal di mana, umur berapa, dah kahwin ke belum, kerjaya dan berapa incomemereka, dari sini kita dapat menentukan produk dan corak marketing yang akan kita keluarkan sebab bila nak buat promotion & marketing, bila kita nak target dekat orang yang sama demographic atau existing customer, kita dah tahu nak buat marketing macam mana dan marketing kita akan lebih terperinci dan fokus.

Bila marketing kita lebih fokus, taklah kita buat iklan sia – sia. Dah lah kita ni bisnes kecik je kan, kalau boleh nak lah iklan yang lebih kos efektif, menguntungkan dan tidak pula merugikan.

Contoh iklan wide tak ada spesific target ialah Iklan TV, radio atau newspaper. Di mana, iklan tu lebih kepada nak cari customer baru tapi still iklan tu terlampau luas skop dia. Untung batu tenggelam, untung sabut timbul. Kalau company besar ok jelah banyak modal tapi kalau kita yang kecik ni, harapnya buatlah iklan FB dulu tapi make sure specific target ok.

  1.  Membuat retargeting 

Dengan hanya pelanggan yang sama anda boleh membuat pemasaran berulang- ulang samada menggunakan email, sms, wassap, pm facebook, retarget fb ads dan sebagainya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *