Bisnes VS Database

Adakah bisnes anda mempunyai database?

Tidak? Bermakna bisnes anda tiada masa depan. Serius!!

Wah.. kejam betul bunyinya kan?

Memang kejam kerana dunia bisnes adalah sebuah dunia yang kejam. Berbalik kepada tajuk entri ini. Kami akan membicarakan tentang bisnes dan database.

OK.. first sekali.. adakah anda faham.. apa yang dimaksudkan dengan database ni?

 

Rasanya rata-rata dah tau apa yang dimaksudkan dengan database. Tetapi untuk yang masih belum tahu database itu adalah maklumat yang kita ambil daripada prospek atau pelanggan kita.

 

Database ni boleh terdiri daripada:-

  1. Nama
  2. Email
  3. Nombor Telefon
  4. Alamat
  5. Lain-lain

 

Pastikan database ini anda dapat secara legal atau kita collect sendiri, bukan yang dibeli.

 

Okey, sekarang kita nak fokuskan untuk database yang perlu anda simpan daripada setiap pelanggan yang anda berurusan terutama untuk peniaga atas talian.

 

Database pelanggan ni boleh dibahagi kepada dua jenis iaitu:

 

  1. Data demografi

-jantina, umur,lokasi, pekerjaan, status perkahwinan, taraf pendidikan,

 

  1. Data psikografik (advance)

– gaya hidup, kecenderungan, ketakutan, keinginan, gaya bahasa, corak perbelanjaan

 

Daripada maklumat yang anda dah peroleh ni, bolehla disusun menjadi customer profile.

Sebab apa perlu bina customer profile ni?

 

Dari situ anda akan nampak satu pattern persamaan jenis pelanggan bagaimana yang akan menjadi pelanggan anda. Kita dapat tentukan marketing campaign yang sesuai yang mempunyai ciri-ciri yang sama dengan pelanggan terdahulu.

 

Mungkin ada yang tertanya macam mana cara nak simpan data-data ni?

 

Okey anda boleh simpan maklumat di dalam satu file excel dan diasingkan mengikut kategori.

 

Atau kalau rasa leceh untuk buat secara manual disini nak kongsikan dengan anda untuk  langgan satu pakej order form yang boleh sediakan borang tempahan yang memudahkan pelanggan untuk memberi maklumat pembelian mereka.

 

Kat situ lengkap dengan cara pembayaran (online banking, CDM,manual banking atau payment gateway), siap dengan statistik rekod jualan, senarai maklumat pembeli, senarai tempahan.

 

Lagipun kosnya tak mahal pun, cuma serendah RM10 je sebulan. Dan mudahkan kerja anda 10 kali lebih mudah.

 

Kalau engkau orang berminat dengan dengan sistem urus order ni boleh je lihat di sini

 

Okey, dalam next entri kami nak kongsikan pula kenapa pentingnya ada database ni dengan bisnes anda.

 

Errr.. kalau saya jual nasik lemak perlu ke database ni?

 

Takpa tunggu je next entri untuk kami cerita tentang topik kepentingan database ni.

 

One Reply to “Bisnes VS Database”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *